KAMPUNGKU KAMPUNG MOHIMBOYON RANAU, SABAH.
Alamat : Kampung Mohimboyon Peti Surat 487, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia.
Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kampung Mohimboyon Lama dan Baru. Sekarang KG Mohimboyon Lama diberi nama KG Lipantai. Jarak antara kedua-dua kg adalah 7 km. Kedua-dua kg itu hanya dipimpin oleh seorang Penghulu sahaja.Kebanyakan penduduk di kampung tersebut beragama Islam. Pekerjaan utama mereka adalah bertani, berniaga, tentera, polis, guru dan sebagainya. Penduduk di kg itu hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu membantu. Sekiranya terdapat majlis keramaian, semua penduduk kg akan berkumpul beramai-ramai untuk membantu dan memeriakan majlis tersebut. Kg ini masih mengekalkan adat-adat daripada nenek moyang mereka.
Muzik Gong
- Alatan muzik yang selalu digunakan semasa keramaian.
Setiap kali terdapat majlis keramaian, penduduk kampung akan memainkan gong sebagai tanda terdapat majlis semasa itu dan sambutan kedatangan tetamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan