Ahad, 4 Disember 2016




KAMPUNGKU KAMPUNG MOHIMBOYON RANAU, SABAH.





Alamat : Kampung Mohimboyon Peti Surat 487, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia.

Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kampung Mohimboyon Lama dan Baru. Sekarang KG Mohimboyon Lama diberi nama  KG Lipantai. Jarak antara kedua-dua kg adalah 7 km. Kedua-dua kg itu hanya  dipimpin oleh seorang Penghulu sahaja.Kebanyakan penduduk di kampung tersebut beragama Islam. Pekerjaan utama mereka adalah bertani, berniaga, tentera, polis, guru dan sebagainya.  Penduduk di kg itu hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu membantu. Sekiranya terdapat majlis keramaian, semua penduduk kg akan berkumpul beramai-ramai untuk membantu dan memeriakan majlis tersebut. Kg ini masih mengekalkan adat-adat daripada nenek moyang mereka.

 
Muzik Gong

 - Alatan muzik yang selalu digunakan semasa keramaian.
Setiap kali terdapat majlis keramaian, penduduk kampung akan memainkan gong sebagai tanda terdapat majlis semasa itu dan sambutan kedatangan tetamu.







Sabtu, 3 Disember 2016




BUAH TARAP






Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri SabahMalaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar. Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.
Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulitbuah Tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga.
Bahagian interior buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian interiornya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.


Jumaat, 2 Disember 2016







Makanan Tradisional Kaum Dusun di Sabah


Assalamulaikum w.t.b kepada semua pembaca blog saya. Hari ini, saya mahu kongsi tentang makanan-makanan tradisional bagi suku kaum Dusun di Sabah. Makanan tradisional kaum Dusun ini ada kelainan daripada suku kaum yang lain.

1. Tuhau

Tuhau yang boleh dihidangkan dan banyak  dijual di pekan-pekan.


Batang tuhau

Tuhau adalah salah satu makanan yang wajib bagi kaum Dusun. Tuhau ini mempunyai bau yang sangat kuat seperti serangga dan hanya hidup di kawasan hutan hujan terutamanya di Sabah.Makanan ini seperti jeruk yang sedap dimakan bersama ikan masin, nasi dan lauk-pauk yang lain. Jika sekali kita merasa makanan tuhau ini, yang pastinya ramai yang akan ketagih selepas mencubanya.



2. Pinasaka

Pinasaka Sada

 Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit dan garam. Ianya juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.Pinasakan enak dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama Ambuyat, sejenis makanan tradisional yang juga terkenal di Sabah


3. Hinava






Hinava

Hinava atau Hinata, atau juga dikenali sebagai Hinava Ginapan, merupakan makanan tradisional yang paling terkenal bagi kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hinava merupakan nama makanan ini bagi suku kaum Kadazan manakala Hinata pula bagi kaum Dusun. Bahan utamanya adalah isi ikan (biasanya ikan Tenggiri dan ikan Yu) yang dicampurkan bersama bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Isi ikan (juga boleh digantikan dengan makanan laut yang lain seperti sotong dan udang) tidak dimasak tetapi dibersihkan dan dicampur dengan cuka atau perahan jus limau.


4. Bosou ( Tonsom )


Bosou Ikan

Bosou yang juga dikenali sebagai Tonsom merupakan sejenis makanan tradisional bagi kaum Kadazan-Dusun yang menyerupai jeruk atau perkasam. Bahan utamanya adalah ikan mentah atau daging yang dicampurkan dengan Buah Pangi. Pangi, atau nama saintifiknya Pangium Edule, adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh subur dan banyak didapati di Kepulauan Borneo. Bahan utama tersebut kemudiannya dicampur dengan nasi dan garam. Kadang-kala, bahan tambahan seperti nangka, nenas muda, atau Tuhau turut dicampur bersama sebagai perasa tambahan. Campuran ini akan dimasukkan ke dalam bekas dan dibiarkan antara 5 sehingga 7 hari sebelum dihidangkan. Ianya boleh dimakan bergitu sahaja atau dimakan bersama nasi yang masih panas dan lauk-pauk lain.


5. Nasi Linopot


Nasi Linopot

Nasi Linopot atau Nasi Daun Tarap merupakan sejenis makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun yang menggunakan daun Tarap (juga dikenali sebagai daun Timadang) untuk membungkus nasi yang telah masak. Nasi tersebut kadang-kala telah dicampur dengan keladi, labu manis, ubi kayu atau keledak sebelum di bungkus dengan daun tersebut. Keistimewaan makanan ini ialah nasi yang telah dibungkus akan mempunyai haruman yang enak dan sedap dimakan. Ianya boleh dimakan bersama lauk-pauk seperti ikan dan sayur-sayuran.


6. Sayur Campur
             
                                     Sayur Campur

Sayur Campur

Sayur Campur merupakan sejenis makanan tradisional kaum Dusun. Sayur campur ini sedap dimakan bersama nasi linopot. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak adalah lada putih, daun bawang, bunga kantan, ikan masin, tuhau dan garam serta minyak. 








Ahad, 27 November 2016

My Family

 Keluarga Bahagia
                                                   
   Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Oleh itu, setiap anggota keluarga perlu mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka bagi mengekalkan hubungan silaturahim antara keluarga.